Tuesday 28 February 2012

Surat Dari Perantauan

Assalamualaikum kepada abah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai. Apa khabar dengan keluarga di sana? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat Allah sentiasa.

Along pun tak berapa jelas mengapa along nak tulis surat ni kepada ibu dan abah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar along tulis surat untuk ibu dan abah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, along selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang along tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.

Dipendekkan cerita, along sebenarnya nak minta redha dari ibu dan abah untuk bernikah. Mungkin ibu dan abah terkejut apabila along cakap macam ni. Along bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. Along nak nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, along akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada Allah.

Kadang-kala, along rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah. Along bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi along nak ibu dan abah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina. Allah S.W.T berfirman:
“Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)
Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa langkah yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.

Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.

Di kolej along, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasulullah S.A.W. Sekarang pilihan di tangan kita, sama ada nak kepada benda baik atau buruk.

Mengenai calon, along tiada lagi. Tapi, InsyaAllah kalau ibu dan abah bagi along green light, masalah calon, ibu dan abah jangan risau (bagi tempoh 6-8 bulan), yang penting ibu dan abah bersedia. Along lebih suka calon tu along yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna ibu dan abah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk along.

Ibu dan abah mungkin akan bertanya bagaimana pulak along akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang along nikahi nanti. Seperti yang along katakan awal-awal tadi, along nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh along belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka along akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu. Dalam sirah Rasulullah S.A.W, Rasulullah bernikah dengan dengan Sayyidatina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah khitbah’ atau ‘nikah gantung’.

Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu. Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau along telefon dia, along dapat pahala, along rindu kat dia, along dapat pahala, along bagi hadiah kat dia, along dapat pahala malahan kalau along keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kan ini lebih baik dari mereka yang ber‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, along nak tanya pada ibu dan abah, adakah ibu dan abah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut sunnah Rasulullah yang tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita.

Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan along masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka along akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib along bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM50 sebulan, maka along akan bagi dia yang sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga).

Macam sekarang ni lah, kalau opah bagi ibu baju sebagai hadiah, takkan ibu tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Ibu akan terima juga. Kalau opah menjamu ibu dengan makanan, ibu jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau ibu dan abah masih kurang jelas, ibu boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Ibu dan abah jangan risau, sebelum along nak nikah, along akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri along. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tidak, along tangguh dulu. Apa-apa pun, along tegaskan sekali lagi, along nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa.

Along tengok semua sepupu along nikah awal dalam umur 23 tahun. Along cadang pun begitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu along tua nanti, along tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak along nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat. Mahu tak mahu, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada Allah. Tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati. Along juga harap, anak-anak along nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum ibu dan abah meninggalkan dunia yang fana ini.

Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada Allah di samping mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. Dalam umur muda ni, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. Along tak nak along akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan ibu dan abah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada Allah dan Rasul.

Diharap ibu dan abah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. Along nak ibu dan abah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi along, kalau along membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab along pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua. Mungkin saja along membicarakan hal nikah ni ketika mana along baru berusia 19 tahun (dalam tahun Islam, along dah 20 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat along ini. Diharap ibu dan abah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Along tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui 100% apa yang along katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.

Kalau boleh jangan bagi tahu abang dan kakak saudara yang lain, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan along ini atas beberapa faktor. InsyaAllah, kalau ada apa-apa nanti, along akan maklumkan kepada mereka. Sebenarnya bagi seorang lelaki, tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha Allah adalah berserta dengan keredhaan ibu dan abah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.

Akhirul kalam, doakan along di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Kirim salam dengan semua keluarga di Perak.

Puteramu,
Along

Sunday 19 February 2012

IBUBAPA & KITA

Pada hari ini, saya dapat lihat, dalam kalangan masyarakat yang serba maju dan moden ini, kita sering alpa dan lupa tentang apa yang telah membuatkan kita wujud di dunia ini, IBUBAPA kita.. Kita jarang sekali memikirkan tentang mereka, bertanyakan khabar mereka bagi mereka yang berjauhan dengan ibu bapa, terutamanya kepada mereka yang masih belajar, mahupun yang telah berrumah tangga.. Berbanding 'gelipren', 'buayepren', suami mahupun isteri (bagi mereka yang telah berkahwin), ibu bapa sering dijadikan sebagai pilihan yang bawah ataupun, 'least favourite' untuk diingati.. Mengapa?? Kerana kita lupa terhadap bertapa banyaknya jasa mereka yang telah mereka curahkan kepada kita.. Tidak terkira banyaknya..

Sedangkan, apa yang menyentuh hati saya ialah, mereka sedikit pun tidak pernah lekang dari mengingati anak-anak mereka.. Dalam doa mereka, mereka sentiasa berdoa untuk kebaikan anak-anak mereka.. Tetapi, adakah kita mengingati mereka dalam doa kita? Dalam solat kita? Dalam kehidupan kita? Saya rasa anda semua s=mampu menjawab soalan tersebut sendiri... Mari kita muhassabah diri kita semula. Selama kita hidup, adakah tindak-tanduk kita direstui dan diredhai oleh ibubapa kita?? Saya yakin.. Ramai diantara kita yang terlepas pandang akan aspek tersebut, sedangkan 'keredhaan Allah terletak kepada keredhaan kedua ibubapa kita'.

Jadi sahabat sekalian, saya mengingatkan diri saya sendiri serta anda semua.. Kadang kala kita sibuk, kadang kala kita terlepas pandang.. Jadi, sementara ada kesempatan ini, hargailah inubapa kita.. Ziarahilah mereka ketika masih berkesempatan.. Janganlah kita menunggu sehingga Malaikat Izrail, yang datang menziarahi mereka.. Kerana, pada ketika itu, segala kerinduan mereka terhadap anak-anak mereka, hanya tinggal rindu semata-mata.. Tiada lagi senyuman terukir di bibir mereka.. Hanya talqin menghiasi rumah yang mereka rasakan kosong dan sunyi selama anak-anak mereka tiada menemani mereka..

Semperna hari ibu dan hari bapa pada tahun ini, saya ingin mengingatkan.. HARGAILAH IBUBAPA ANDA..

Sekian...

Wednesday 15 February 2012

SYUKUR...



Malam yang tenang, dihiasi dengan cahaya bulan dan kelipan bintang di langit yang serba indah... Alhamdulillah.. syukur ya Allah kerana masih membenarkan hambaMu ini terus bernafas di muka bumiMu ini.. Sambil menghirup secawan kopi susu yang disediakan oleh salah seorang sahabat saya, terlintas di fikiran saya untuk berkongsi mengenai topik ini... SYUKUR.. Saya teringat pesan ibu saya semasa cuti tahun baru cina baru-baru ini... Bersyukur lah dengan apa yang kamu ada, sebab, kita mungkin merasakan bahawa kita sangat susah. Namun, sebaliknya ada lagi masyarakat dan saudara kita yang lebih susah daripada kita.. TETAPI.. saya sedih bila melihat masyarakat kita pada hari ini, hanya lebih banyak mengomel, mengeluh, dan berduka mengenai nasib mereka.. Dimanakah rasa syukur kita?? Sedangkan Allah S.W.T amat menyukai hambaNya yang bersyukur.. Tidak kira senang, mahupun ketika susah..

Mengapakah ini terjadi?? Kerananya perasaan CINTA KEPADA DUNIAWI... itu sahaja.. simple.. namun, kesan yang dibawa amatlah mendalam dan perit untuk ditanggung kerana melibatkan seluruh masyarakat.. 'Cintakan dunia' telah menjadikan masyarakat pada hari ini, menindas antara satu sama lain.. Rasuah berleluasa, mereka yang miskin dan kurang bernasib baik dilayan bagai sampah dan dihina.. Apakah dosa mereka sehingga mereka layak dihina sedemikian?? Sifat kasih sayang dan hormat menghormati antara ummah semakin terhakis dek kerana alpa mengejar 'HARTA DUNIA'..

Sahabat sekalian..
Ingatlah..
Harta dunia,
makin dikejar, makin jauh...
makin dikumpul, makin habis,
makin dicari, makin hilang,
makin disimpan, makin lupus...

tetapi, Saham Akhirat..
makin dikejar, makin mendatang,
makin dikumpul, makin bertambah,
makin dicari, makin dijumpai,
makin disimpan, makin tejaga.

oleh itu, bangkitlah wahai saudaraku sekalian......
renungkanlah...
memo seorang hamba,
yang hanya singgah sementara,
dalam menyampaikan seruan Penciptanya,
agar ummah kembali bersama..
                   
                                                                   syabab..

Tuesday 14 February 2012

CINTA AKHIR ZAMAN

Baru-baru ini, saya telah terlibat dalam satu perbincangan bersama sahabat-sahabat saya. Saya tartarik dengan satu soalan yang diajukan oleh salah seorang sahabat saya. "Kenapa sekarang ni umat Islam macam dipandang rendah?" Itulah lebih kurang, rupa soalan yang diajukan.. Apa yang ditanya oleh sahabat saya ini memang ada kebenarannya. Jika kita lihat pada hari ini, negara-negara Islam lah yang sering bergolak, seperti Mesir, Syria, dan yang paling diingati, bumi suci Palestin yang sampai hari ini masih bergolak.. MENGAPA??? Adakah kita ini merupakan satu umat yang lemah?? Adakah kita ini berasal dari kaum yang daif?? jawapannya TIDAK!!! jika kita lihat sirah Islam dan sirah Rasulullah, kita dapat lihat bahawa Islam adalah agama yang TERHEBAT, TERMAJU, TERBAIK, dan paling mulia di dunia dan di sisi Allah S.W.T. Islam lah yang telah menaikkan martabat wanita, 'daripada hamba kepada mulia'..

Namun, kita lihat pada hari ini, mengapa umat Islam berpecah?? Mudah sahaja.. CINTA.. Jika dibandingkan kita dengan umat Islam di zaman para sahabat, jita jauh ketinggalan, kerana pada hari ini, kita telah di'momok'kan oleh yahudi dan barat mengenai ideologi mereka tentang CINTA, dimana mengikut ideologi mereka, cinta itu mesti melibatkan wanita, 'dating', seks, pergaulan bebas, dan akhirnya HANCUR!!! Apa yang hancur?? AKIDAH.. Sebab itu lah masyarakat pada hari ini berpecah belah, kerana pegangan akidah yang kurang.. Kerana apa?? Kerana kita salah meletakkan CINTA itu sendiri. Pada hari ini, manusia meletakkan cinta mereka kepada 'makhluk'. Namun mereka lupa bahawa setiap 'makhluk' akan mati dan setiap makhluk itu tidak sempurna. Oleh yang demikian, CINTA mula dipandang negatif oleh sesetengah pihak. Sebenarnya, semua permasalahan umat Islam pada hari ini dapat diselesaikan, jika kita kembalikan perasaan CINTA kita kepada pemilik CINTA yang sebenar... ALLAH S.W.T. InsyaAllah. Saya yakin, umat islam pada hari ini mampu menjadi ummah yang lebih baik dan masalah pada hari ini dapat diselesaikan..

Oleh yang demikian, bangkitlah wahai saudaraku semua!!! Sedarlah dari kealpaan kita selama ini.. Kita sebagai khalifah, tidak sepatutnya menjadi lebih teruk atau lebih hina daripada binatang, tetapi, kitalah contoh dan pembimbing kepada semua makhluk yang lain di dunia ini.. Pada hari ini, segala pandangan dan pendapat umat Islam hanya ibarat 'kucing mengiau di bukit'. Namun, jika kita bangkit, tidak mustahil kucing di bukit itu akan turun menjadi 'singa yang mengaum di dataran'....

InsyaAllah saya akan mengulaskan lebih lanjut mengenai permasalahan ini pada post-post yang akan datang.. Jazakallah...
Assalamualaikum...

Langkah Pertama...

Sudah lama rasanya saya meninggalkan zaman blogging ini. Namun, terdetik kembali semangat dan tanggungjawab saya sebagai seorang hamba Allah S.W.T, yang sentiasa membawa syariatNya ke mana sahaja, untuk kembali ke arena ini untuk meneruskan perjuangan saya dalam agama Islam. Bukan kerana terpaksa atau dipaksa ataupun 'paksa-rela', tetapi dengan kesedaran dan kerisauan terhadap sikap dan permasalahan umat Islam pada hari ini. Semperna dengan itu, saya berharap agar dapat meneruskan perjuangan di jalan Allah S.W.T, serta dapat berkongsi sedikit sebanyak pengalaman pahit-manis saya, buah fikiran, ataupun perkongsian antara sahabat-sahabat saya agar kita sama-sama dapat memperbaiki diri demi kebaikan ummah... 'Salam Ukhwah daripada saya kepada semua saudara seagama saya di luar sana.' ASSALAMUALAIKUM..