Assalamualaikum..
Alhamdulillah, sekali lagi, saya diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan saya dalam mengembangkan dan menegakkan syariat Allah S.W.T yang telah menjadi tanggungjawab setiap muslim dan muslimat di muka bumi ini. Hari ini, terdetik di hati saya untuk membincangkan mengenai ummah pada hari ini.
Kita lihat, pada hari ini, umat Islam sedang membangun, terutama di negara-negara di bahagian Timur Tengah. Walau bagaimanapun, itu baru sedikit, jika dibandingkan dengan nisbau umat Islam yang masih terus lalai dan alpa dengan nikmat dunia sedangkan kiamat semakin hampir. Adakah kita semua telah bersedia??
Apakah sumbangan kita dalam menegakkan syariat Islam?? Sedarlah, sebenarnya kita masih jauh dalam menyumbang apa-apa dalam menegakkan agama Islam berbanding saudara kita yang berpeluang untuk SYAHID di sana.. Kadang kala, saya amat mencemburui mereka kerana berpeluang untuk syahid.. Kerana syahit itu dijanjikan SYURGA oleh Allah S.W.T.
Wahai sahabat sekalian, wahat pemuda sekalian!!!! Bangkitlah!!! Sedarlah!!! Bangun daripada mimpi yang melalaikan kita. Marilah kita kembalikan zaman kegemilangan Islam seperti gemilangnya Islam pada masa dahulu. Jika ini mahu direalisasikan, terdapat beberapa kriteria yang mudah untuk kita penuhi.
Antaranya ialah:-
SOLAT SUBUH BERJEMAAH
Saya yakin pra syarat ini paling sukar untuk dilaksanakan pada zaman ini. Jika dilihat pada hari ini di semua masjid atau surau, kebanyakan yang menunaikan solat subuh secara berjemaah hanyalah golongan 'Elite', jika dibandingkan dengan golongan muda yang pada ketika itu, saya yakin masih terus tidur ataupun hanya menunaikan solat subuh di rumah sahaja. Ingatlah sahabat sekalian, bahawa orang yang paling kuat ialah orang yang mampu menahan marahnya dan orang yang mampu untuk mengangkat kain selimutnya untuk menunaikan solat subuh berjemaah di masjid. Dikukuhkan lagi dengan kenyataan dalam sebuah kitab Yahudi, yang menyatakan, bahawa
"umat Islam akan kembali bangkit sekiranya bilangan mereka yang menunaikan solat subuh di masjid menyamai dengan jumlah mereka yang menunaikan solat Jumaat". Maka, terbuktilah bahawa solat subuh itu merupakan ciri-ciri penting untuk membentuk umat Islam yang tinggi jati diri.
KEMBALI KEPADA AL-QURAN
Pada
1400 tahun yang lalu Allah s.w.t. telah menurunkan kepada Al-Mustofa
Nabi Muhammad b. Abdullah s.a.w. mukjizat yang terbesar iaitu Al-quran
Al-karim. Ianya adalah di antara mukjizat - mukjizat besar yang berlaku
pada zaman itu. Al-quran digambarkan oleh ahli ilmu di dalam bahasa
arabnya,
"القرءان كالبحر ليس فيه شاطئ "
Maksudnya, Al-quran itu seperti laut dan tiada padanya pantai(pertepian)
" القرءان هو ايجاز الكلام تقليل لفظه مع تكثير معناه "
Maksudnya, Al-quran itu mempunyai kata-kata yang ringkas tetapi mempunyai makna yang sangat luas.
Takrif Al-quran yang telah disepakati oleh ulama islam
ialah " Kalam Allah yang bermukjizat, diturunkan kepada Nabi Muhammad
s.a.w. melalui perantaraan Jibril a.s secara berperingkat dari langit
dunia, dipindahkan kepada generasi ke generasi secara mutawatir(Bilangan
yang mustahil sepakat untuk membuat penipuan), membacanya adalah
ibadah, dimulai dengan surah Al-fatihah dan diakhiri dengan surah
An-nas.
Berdasarkan I/C (Kad Pengenalan) Al-quran di atas. Cuba
kita bayangkan, kita hanya bekerja ringan tetapi kita diberi bonus kerja
dengan begitu banyak. Hanya perlu membuka Al-quran, membaca dan
mentadabburinya dengan ikhlas, kita sudah mendapat banyak butiran
pahala, kebahagiaan, ketenangan, menyelesaikan banyak masalah kehidupan,
dan lainnya. Begitulah kasihnya Allah s.w.t. kepada hambaNya, tetapi
kita masih lagi alpa dan leka dek berbekasnya dunia pada hati.
Al-quran diberi lebih daripada 10 nama dan kesemua
nama-nama tersebut memenuhi ciri-ciri dan kriteria al-quran itu sendiri,
maka ketahuilah bahawa Al-quran itu adalah satu kitab suci yang sangat
agung bukan? Tetapi masih ramai manusia yang kononnya mengaku beriman
kepada Allah s.w.t. tetapi masih jauh dengannya, tidak mentadabburinya
malah jauh untuk membaca dan mengamalkan isi kandungannya, tidak
mengambilnya sebagai role model kehidupan, dan bermacam-macam lagi
rahsia yang terkandung di dalamnya tetapi manusia tidak mahu mengambil
ibrahnya(Pengajaran) . Sungguh amat beruntung bagi mereka yang mahu
memanfaatkannya dalam kehidupan.
Antara nama yang terkenal selain daripada Al-quran ialah
seperti Al-haq ( kebenaran ), An-nur(cahaya), Al-kitab,
Al-furqan(Pembeda), Ar-rahmah(Rahmat), Asy-syifa' (Penawar), Al-bayan
(Keterangan), Al-mau'izah ( Pengajaran ), Az-zikru ( Pemberi
Peringatan), Al-busyraa ( Berita Gembira), Ar-ruh (Roh), Al-huda (
Petunjuk ), dan pelbagai lagi nama yang ada pada Al-quran jika kita
himpunkan. Kesemua nama-nama ini telah pun Allah s.w.t. sisipkan setiap
satu namanya di dalam Al-quran. Jika kita melihat dan meneliti
keterangan maksud nama-nama al-quran dengan jelas dan yakin, pasti kita
tidak teragak-agak untuk menjadikannya sebagai peneman hidup kita
seharian.
Inilah keistimewaan yang ada di dalam al-quran, sebagai
contoh nama yang saya boleh nukilkan ialah Al-Haq yang membawa maksud
kebenaran, Allah swt menurunkan Al-quran kepada manusia daripada awal
ayat sehingga ayat terakhir adalah kebenaran, kesemua ayat ini
menyampaikan kebenaran yang manusia tidak mampu untuk menolaknya, malah
jauh sekali untuk membawa contoh yang sama sepertinya, firman Allah swt
yang bermaksud,
"
Dan jika kamu meragukan Al-quran yang kami turunkan kepada hamba kami
(Muhammad), maka buatlah satu surah semisal dengannya dan ajaklah
penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang yang benar "
Al-Baqoroh ayat 23.
Kemukjizatan
Al-quran membawa satu sistem yang sangat bertamadun jika kita mengenali
dan mempelajarinya dengan baik, kebenaran yang ada di dalam al-quran
telah membawa umat manusia ke suatu demensi yang amat luas lagi terurus
dan disegani, perkara ini telah pun dibuktikan oleh tokoh-tokoh islam
yang terdahulu. Contoh nama kedua ialah An-nur (cahaya), firman Allah
swt yang bermaksud,
"
Dengan kitab itulah Allah memberi petunjuk kepada orang yang mengikuti
keredhaanNya ke jalan keselamatan, dan (dengan Kitab itu pula) Allah
mengeluarkan orang itu dari kegelapan kepada cahaya dengan izinNya dan
menunjukkan ke jalan yang lurus. " Al-Maidah ayat 17.
Membawa
satu keterangan bahawa panduan yang Allah telah gariskan di dalam
Al-Quran adalah menjadi cahaya dalam kehidupan, seperti mengeluarkan
manusia daripada taghut kepada cahaya kebenaran, daripada kesesatan dan
kejahilan kepada cahaya ilmu, daripada perhambaan sesama manusia kepada
mengabdikan diri semata-mata kepada Yang Maha Mencipta dan daripada
kesempitan dunia kepada keluasan cahaya dunia dan akhirat. Apabila
manusia tahu tentang pengertian dan penjelasan yang ada di dalam
al-quran, pasti mereka tidak akan mensia-siakannya.
Kita perlu sedari bahawa Al-quran bukanlah sesuatu yang
kita boleh jadikan alat sebagai perhiasan di dinding-dinding rumah dan
juga di sektor perniagaan, menyimpan rapi di dalam almari, membaca
ketika ada orang nazak atau meninggal dunia, ketika ingin berkahwin,
ketika majlis-majlis keagamaan dan sebagainya.
Ini adalah satu kefahaman yang amat menyimpang dan
menyeleweng terhadap kitab suci Al-quran. Kita perlu sedari bahawa
Al-quran bukanlah diturunkan kepada manusia untuk itu, malah ia amat
luas merangkumi kehidupan manusia seharian. Jika kita melihat umat islam
pada hari ini, seolah-olah mereka telah hilang sensitivitinya terhadap
Al-quran. Setuju tidak kalau saya katakan bahwa kemunduran umat islam
hari ini disebabkan mereka meninggalkan Al-quran.
Amat malang sekali pada hari ini ada juga segelintir
umat islam menganggap bahawa kitab Al-quran adalah kitab lama yang
ditradisikan. Ini adalah satu fenomena yang jika kita tidak mengubahnya
dengan cepat, maka ia akan menjadi satu kitab yang tidak lagi berfungsi
untuk kehidupan umat manusia amnya. Kita cuba luaskan sekejap skop
pemikiran dan cuba bayangkan jika hukum Al-quran diamalkan. Contohnya,
kita semua masih ingat lagi tentang pembunuhan kejam yang berlaku pada
adik Nurin yang lepas, kalaulah hukum islam dijalankan terhadap hukum
bunuh balas, maka orang akan takut untuk membunuh. Kita bayangkan lagi,
adakah kita terlepas daripada hukum Allah swt ini jika kita masih lagi
menyokong pada pemimpin yang menganggap hukum islam adalah hukum yang
kolot, lebih mempercayakan hukum manusia daripada hukum Allah swt,
firman Allah swt yang bermaksud,
"
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan
dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-quran
tentang sah batalnya), maka kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di
dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikit pun padanya. Merekalah
orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain
daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan
di dunia, dan batallah apa yang mereka telah kerjakan. " Hud ayat 15
dan 16.
Oleh itu, Al-quran adalah merupakan kitab yang sangat
penting dalam kehidupan manusia secara menyeluruh. Pemimpin yang baik
adalah pemimpin yang mengikut disiplin Al-quran. Ketua rumah tangga yang
baik adalah yang mengikut disiplin al-quran. Pekerja yang baik adalah
pekerja yang mengikut disiplin Al-quran. Pelajar yang baik adalah
pelajar yang mengikut disiplin Al-quran. Apabila setiap lapisan umat
islam sudah menjadi ahli Al-quran, maka pertolongan dan kemenangan dari
Allah swt akan tercapai dari setiap sudut hakikat kehidupan dengan cepat
dan mudah seperti sabda Nabi saw yang bermaksud,
Daripada
Anas bin Malik r.a, Nabi s.a.w. bersabda, " Sesungguhnya Allah
mempunyai 'ahli' daripada kalangan manusia. Para sahabat bertanya : "
Wahai Rasulullah, siapakah mereka itu? " Baginda bersabda : " Merekalah
ahli Al-quran iaitu 'ahli' Allah dan golongan pilihannya. " Riwayat Ibnu
Majah.
Keterangan
: Ahli Al-quran : Golongan yang menghafal Al-quran, banyak membaca
Al-quran dan beramal dengannya. Mereka sentiasa mendapat kejayaan dan
pertolongan daripada Allah. ( syarah sunan Ibnu Majah ).
Mengapa saya amat menekankan mengenai Al-Quran?? Kerana pada hari ini, ramai umat Islam hanya Islam pada nama dan IC, tetapi jauh daripada Al-Quran. Mengapa?? Kerana pada hari ini umat Islam, terutamanya golongan BELIA, terlalu asyik dengan hiburan sehingga mereka semakin '
BUTA Al-Quran'. Sedangkan, Al-Quran lah sumber rujukan utama dan Al-Quran juga lah terdapat sumber panduan. Jadi, pada hari ini, saya ingin berpesan kepada sahabat sekalian dan diri saya sendiri, '
JOM KENAL Al-Quran'.. Tidak susah pun, cuba amalkan baca Al-Quran sebanyak 10 ayat sehari, dengan syarat,
ISTIQAMAH.. InsyaAllah, Allah akan memberi panduan kepada hambaNya yang dekat kepadaNya.
Marilah sama-sama kita kembali ke jalan yang benar..
Sama-sama kita perbaiki diri..
Agar menjadi hambaNya yang bertaqwa dan berkualiti..
...syabab...