Wednesday 2 May 2012

10 HAK KITA






Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

           Alhamdulillah, syukur kepada ilahi, kerana limpah dan kurniaNya, saya masih di sini, menggunakan segala nikmatNya, dengan PERCUMA, tanpa perlu cagaran, ataupun bayaran balik berserta bunga. Hari ini, saya ingin berkongsi sedikit mengenai 'HAK' kita, sebagai seorang MUSLIM.

Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara." 

1. HAK KEPADA DIRI
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Mengqada kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3. HAK KEPADA KUBUR
Membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajud dan membantu orang yang dizalimi.

4. HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Tidak berdusta, sentiasa berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5. HAK KEPADA MIZAN
(Neraca timbangan amal pada hari akhirat)
Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6. HAK KEPADA SIRAT (Titian yang merentangi neraka pada hari akhirat)
Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7. HAK KEPADA MALIK (Penjaga neraka)
Menangis lantaran takutkan Allah s.w.t., berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperbaiki akhlak.

8. HAK KEPADA RIDHWAN (Malaikat penjaga syurga)
Berasa redha dengan Qada' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9. HAK KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W.
Berselawat ke atas Baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

10. HAK KEPADA ALLAH S.W.T.
Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


Jadi para sahabat, harap perkara di atas dapat membuka mata dan minda kita agar lebih berilmu di masa hadapan. Teruslah berjuang di jalan agama demi mencari redha dan rahmat Allah S.W.T, untuk dijadikan sebagai tiket untuk kita masuk ke syurgaNya..


...Hamba singgah-lalu...
          ...syabab...

Monday 30 April 2012

6 PESANAN KHUSUS UNTUK KAUM WANITA




 Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum..
    
        Alhamdulillah, syukur kepada Al-Khaliq, kerana masih memberi keizinan dan rahmayNya kepada saya untuk menambung kehidupan, demi meneruskan perjuangan yang belum selesai. setelah menyelak-nyelak nota lama, terlintas di hadapan saya satu bahagian yang agak menarik pandangan saya untuk meneliti, dan berkongsi kepada sahabat sekalian..

       Diharap perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak diri saya dan sahanat sekalian, dalam menghadapi dunia yang kini penuh dengan fitnah, dan semakin mencabar.. Terutamanya dalam menegakkan syiar ISLAM...

      Perkongsian hari ini ingin saya kongsikan kepada kaum HAWA, kerana perkongsian hari ini adalah mengenai "6 Pesanan Khusus Untuk Wanita"..

1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat.
Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun. Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan
kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.



         Mudahan-mudahan ulasan yang serba ringkas ini dapat memberi manfaat bersama. Sebarkanlah bersama sahabat yang lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah untuk kita amalkan.


...Hamba singgah-lalu...
          ...syabab...

Sunday 15 April 2012

R&R hampir tutup!!!!


Assalamualaikum...

   Alhamdulillah, hari ini saya masih diberi kesempatan untuk menikmati segala nikmat yang telah dikurniakan oleh Al-Khaliq, secara PERCUMA.. Syukur.. Tetapi, sesuatu telah menyebabkan saya terfikir lama.. "Aku ini hanya hamba singgah-lalu, hanya seorang musafir, yang kini berada di perhentian untuk mengisi semula bekalan untuk meneruskan perjalanan ke destinasi yang telah ditetapkan. Adakah bekalanku ini mencukupi untuk sampai ke destinasi idamanku??"

   Sahabat sekalian.. R&R ini sudah usang, sudah hampir ditutup. Sudahkah kita mengumpul bekalan, isi minyak secukupnya sebelum R&R ini ditutup oleh pemiliknya?? Periksa semula diri kita wahai sahabat sekalian.. Tambahan pula kita lihat, kawasan R&R ini semakin panas, dan telah mula bergoyang. Buktinya.. kita telah lalui fenomena 'El-Nino', Solar Flare (Ribut Solar), dan yang terbaru, gempa bumi di Aceh..
   Ini semua adalah petanda atau amaran bahawa R&R ini,(bumi), telah tua dan bakal ditutup.. Jadi, marilah kita merebut segala bekalan yang masih ada, untuk menambah bekalan kita yang sedia ada, agar kita berjaya sampai ke destinasi yang kita semua impikan, SYURGA dan bukannya terjatuh ke pintu NERAKA. Namun masih ramai yang terpinga-pinga. "Apa yang patut kami lakukan??"

  Mudah sahaja.. Easy.. Turn back to Allah.. Wahai sahabat, selama ini Al-Khaliq memerhati kita dengan penuh rasa cinta, kasih dan sayang. Namun, pernahkah kita membalas cinta, kasih, dan sayang Nya?? Adakah mencukupi dengan apa yang kita lakukan ini?? TIDAK.. Malah, jika kita beramal seumur hidup pun, masih tidak mampu untuk membalas cinta, kasih, dan sayangnya. Allah tidak pernah melihat bertapa banyaknya dosa yang kita lakukan, namun Al-Khaliq hairan, mengapa kita, makhlukNya, tidak mahu memohon maaf dan keampunan (TAUBAT), kepadaNya setelah menyesali dosa yang dilakukan. Malah Al-Khaliq telah berpesan.."Mintalah kepadaKu.. Nescaya akan Ku perkenankan doamu"..

  Jadi wahai sahabat sekalian, marilah.. Kembali ke jalan yang benar, kepada Al-Khaliq.. InsyaAllah.. Allah Maha Pemurah, Maha Pengampun, Maha Penyayang..

by..
...Syabab!Hamba singgah-lalu...

Saturday 17 March 2012

WANITA DAN SUKAN



Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum..

   Alhamdulillah, saya masih lagi dikurniakan nikmat sihat dan masa lapang oleh Allah S.W.T.
Jadi, saya terpanggil untuk berkongsi mengenai satu permasalahan yang saya kira, agak kurang diberi perhatian oleh masyarakat pada hari ini, iaitu mengenai 'Wanita & Sukan'. Jika kita lihat pada hari ini, wanita telah mula berjinak-jinak dalam arena sukan bertaraf dunia seperti badminton, bola sepak, hoki, sepak takraw, dan banyak lagi.

  TETAPI.... Apakah hukumnya jika seorang muslimah bersukan di hadapan penonton lelaki yang bukan mahram?? Suka saya nyatakan di sini bahawa hukumnya HARAM!!!!

   Mengapa?? Allah Ta'ala berfirman: قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ [النور : 30] Katakanlah kepada orang yang beriman supaya menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. Begitulah lebih suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan.(Surah Annur : 30) Para ulamak menyebutkan, hukum seorang lelaki melihat kepada aurat seorang wanita jelas pengharamannya. Adapun apabila sudah tertutup, seorang lelaki tetap tidak boleh melihat kepada perempuan yang bukan mahram, melainkan dalam urusan-urusan yang dibenarkan. Begitu juga vice-versa pada orang perempuan. Dalilnya adalah ayat yang saya nyatakan di atas. Dalam keadaan bersukan, yang mana mungkin berlaku aktiviti fizikal, orang perempuan memakai pakaian yang agak ketat, melompat-lompat dan sebagainya, maka dalam keadaan tidak diperlukan, maka haram bagi seorang lelaki melihat kepada perempuan yang bukan mahramnya. Contoh yang dilakukan oleh kerajaan Negeri Kelantan dalam menganjurkan Nisa Games sebelum ini amat baik. Mengapa BAIK?? Kerana Nisa Games ini hanya disertai oleh wanita, diadili oleh wanita, dan diuruskan oleh wanita. Erti kata lain, ketika program tersebut berlansung, Kaum Adam tidak dibenarkan untuk berada di kawasan program. (maaf, betulkan kalau saya tersilap kerana saya menulis berdasarkan makluman yang saya perolehi.)


  Penerangan di atas menunjukkan bahawa tidak salah untuk wanita bersukan, tetapi hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut sebagai panduan:


1. Pertandingan hendaklah dikelola/diurus oleh pihak wanita juga.
2. Pertandingan hendaklah disertai oleh wanita sahaja.
3.Pertandingan hendaklah diadili oleh wanita sahaja.
4.Pertandingan hendaklah dijalankan di kawasan yang berasingan dengan LELAKI dan seeloknya TERTUTUP.


   'Simple' kan?? Mudah sahaja.. Tambahan pula,lelaki melihat wanita dan sebaliknya wanita melihat lelaki dibolehkan dalam keadaan-keadaan tertentu seperti: 1) Urusan jual beli dan muamalat lain 2) Urusan di mahkamah. (Tertuduh, saksi dsb) 3) Urusan meminang 4) Antara guru dan anak murid 5) Urusan di tempat-tempat awam selagi perlu (di pejabat, dalam bas, dsb, selagi perlu) Pandangan yang pertama dimaafkan, namun jangan pula diikuti pandangan pertama tersebut dengan pandangan kedua ketiga dan seterusnya.Jika tak sengaja tidak mengapa. Maksudnya bila terlihat, teruslah pandang ke tempat lain dan teruskan aktiviti sendiri. Dalam perkara ini, perlulah dibuat pengasingan atau mungkin lebih jauh jaraknya antara pelajar lelaki dan perempuan yang bersukan, dan mungkin boleh di atur jadual atau tempat untuk bersukan bagi pelajar lelaki dan perempuan. Guru memainkan peranan penting, dan juga kawan-kawan lelaki dan perempuan untuk mengingatkan antara satu dengan yang lain. ********************** pesan Rasulullah kepada Sayyidina Ali: "Hai Ali! Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pada pandangan pertama, adapun yang berikutnya tidak boleh." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi) Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seseorang laki-laki tidak boleh melihat aurat laki-laki lain, dan begitu juga perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan lain, dan tidak boleh seorang laki-laki bercampur dengan laki-laki lain dalam satu pakaian, dan begitu juga perempuan dengan perempuan lain bercampur dalam satu pakaian."1 (Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi) sumber ambilan : Halal dan Haram dalam Islam Dr Yusof al Qardhawi. 
0



   Hal ini sama juga dalam konteks majlis hiburan untuk wanita. Mengapa Islam meletakkan hukum sebegini??
Mudah sahaja.. Mari berfikir dari segi logik dan psikologi.. Kebiasaannya, jika seorang lelaki terserempak dengan seorang wanita, dimanakah yang akan dilihat atau direnung oleh lelaki tersebut?? Menurut kajian dan feedback dalam perbincangan, ramai yang menyatakan bahawa bahagian yang akan dilihat dahulu sebelum muka ialah bahagian DADA... Oleh sebab itu, Islam mensyariatkan agar para wanita melabuhkan tudung mereka melebihi paras dada. TETAPI, apakah yang akan berlaku jika wanita bersukan, berlari, melompat di kawasan yang mempunyai penonton lelaki?? Sudah tentu bukan SUKAN itu yang menjadi perhatian, tetapi, atlet-atlet wanitanya. Secara tidak lansung, mereka telah dinodai oleh fikiran 'KOTOR' sebahagian penonton lelaki. Adakah para wanita sekalian mahu diri anda dinodai sebegitu?? Sudah pasti TIDAK..


  Maka, sebab itu lah Islam menetapkan hukum tersebut. Bukan untuk menindas atau membebani wanita, tapi, untuk menunjukkan, bahawa wanita ini tinggi nilainya dan x patut dirosakkan sebegitu rupa, ibarat 'mutiara di lautan, mutiaranya terlindung di sebalik tiram yang keras'. Diharapkan agar penjelasan ini sedikit sebanyak dapat membantu sahabat sekalian serta membuka minda sahabat sekalian, terutamanya para wanita di luar sana agar lebih berhati-hati.


Sama-samalah kita berpesan-pesan dengan kebenaran, dan berpesan-pesan dengan kesabaran..
Sampaikanlah ilmu walaupun sebris ayat.
InsyaAllah hidup kita akan diberkati Allah S.W.T.




...syabab...

Tuesday 13 March 2012

HEBATNYA LELAKI........



Assalamualaikum.

   Alhamdulillah, syukur sekali lagi kerana masih dikurniakan rezeki dan keupayaan untuk meneruskan perjuangan di muka bumi Allah S.W.T yang serba indah ini. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi melawat blog saya. Saya hanyalah menegakkan seruan ilahi, iaitu "berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran".

   Pada hari yang indah ini, ingin pula saya berkongsi dengan sahabat sekalian mengenai LELAKI. Seperti tajuk, saya tahu, sahabat-sahabat sekalian mungkin tertanya, "apa yang hebatnya??". Yang penting, niat saya bukan mahu menunjukkan siapa yang lebih hebat, tetapi ingin berkongsi tantang 'HEBATNYA LELAKI......... JIKA MAMPU MENJADI SUAMI YANG SOLEH KEPADA ISTERI'.  (hehehehe...)

   Setiap negara diketuai oleh seorang pemimpin. Begitu juga bagi setiap negeri, daerah, mukim, kampung, pejabat dan sekolah, masing-masing dipimpin oleh seorang pemimpin atau ketua. Tidak terkecuali juga dalam institusi kekeluargaan. Setiap keluarga mestilah mempunyai ketuanya masing-masing. Dan hebatnya lelaki kerana, merekalah yang dilantik dan terpilih untuk memimpin setiap keluarga(suami), bukannya pihak isteri.

   Oleh itu, hari ini saya ingin berkongsi mengenai sifat-sifat, atau ciri-ciri LELAKI HEBAT tersebut..

1. Yang berkemampuan

Sebagaimana hadis Nabi Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud:
"Wahai permuda-pemuda; barang siapa diantara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat memelihara kehormatan, tetapi barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu." Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang kebiasaan, serta pakaian untuk menutup aurat. Seperti memberi makan dengan apa yang dia(suami) sendiri makan, memberi pakaian dengan apa yang dia sendiri pakai. Bukan bermaksud memberi pakaian lelaki kepadaisterinya, tetapi taraf kualiti sesuatu itu, yang diperuntukkan untuk dirinya, itulah yang diperuntukkan untuk isterinya juga. Maknanya lelaki yang bertanggung jawab. Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan suami dan kegagalan menyempurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah berlaku perceraian.

2. Tidak Dayus, sanggup menjadi pembela isterinya.

Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.

3. Pandai menjaga darjat diri dan menepati janji.

Apabila berkata dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.

4. Berkebolehan dalam urusan rumahtangga.

Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan. Bukan dari jenis lelaki yang tidak bertimbang rasa, yang sentiasa memerintahkan isterinya itu dan ini tanpa mengira isterinya sakit atau kepenatan.(Bukan juga jalan kepada isteri itu untuk mengsambil lewakan layanannya kepada suami itu.)

5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk.

Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk.

6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan.

Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Allah sangat tidak menyukai manusia yang hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha. (Sebenarnya secara peribadinya saya tidak berapa setuju dengan pendapat ini, kerana saya pernah berjumpa dengan kisah ini:[ Khadijah ra. membuka isi hati kepada suaminya dengan ucapan: "Wahai Al-Amiin, bergembiralah! Semua harta kekayaan ini baik yang bergerak maupun yang tidak bergerak, yang terdiri dari bangunan-bangunan, rumah-rumah, barang-barang dagangan, hamba-hamba sahaya adalah menjadi milikmu. Engkau bebas membelanjakannya ke jalan mana yang engkau ridhoi !"
Dan sebagaimana Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan Dia (Allah) mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kekayaan". (Adh-Dhuhaa: 8)] Dan seperti yang kita ketahui juga Khadhijah ra. telah menghabiskan hartanya demi membantu suaminya(Rasulullah s.a.w) dalam menegakkan Islam ini. Mungkinlah pendapat ‘memakan harta perempuan’ disini adalah sepertinya seorang suami yang tidak melakukan apa-apa dengan bersenang-senangan semata-mata. Dan menghabiskan harta isterinya dalam jalan sia-sia dan syahwat pula.)

7. Mudah memaafkan.

Sifat ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasullah ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.

8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah.

Mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia serta sangat menghormati orang tua, berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada kesengsaraan hidup.
Inilah serba sedikit pendapat-pendapat yang sempat saya kumpulkan. Tetapi apa yang lebih utama dari segala hujah itu tadi ialah Agamanya. Pilihlah yang beragama dan teguh dengan pegangan Islam ini. Tidak mengapa jika calon suami itu terkurang sedikit dari segi keduniaannya, tetapi lebih dari segi agamanya. Namun dalam mencari cirri-ciri suami yang baik itu, mari kita lihat juga ciri-ciri isteri yang baik itu bagai mana pula. Kerana tidak adil mengharapkan Allah menjodohkan kita dengan seorang lelaki yang baik akhlaknya sedangkan diri kita sendiri sangat memandang mudah pula pada yang demikian. Kerana Allah akan menjodohkan kamu sesuai dengan dirimu sendiri itu bagaimana.
surah An-Nur ayat 3, “Lelaki yang berzina tidak dinikahi melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan perempuan yang berzina itu tidak dinikahi melainkan dengan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Demikian itu terlarang kepada orang yang beriman.

   Lihat, tidak susah untuk menjadi hebat. Yang penting hati itu ikhlas. Moga-moga ciri-ciri di atas dapat membantu sahabat sekalian, serta kita dapat memperbaiki diri kita agar menjadi lebih baik..

InsyaAllah...

...syabab...

Sunday 11 March 2012

PENYELESAIAN KEPADA MASALAH UMMAH

Assalamualaikum..

      Alhamdulillah, sekali lagi, saya diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan saya dalam mengembangkan dan menegakkan syariat Allah S.W.T yang telah menjadi tanggungjawab setiap muslim dan muslimat di muka bumi ini. Hari ini, terdetik di hati saya untuk membincangkan mengenai ummah pada hari ini.

      Kita lihat, pada hari ini, umat Islam sedang membangun, terutama di negara-negara di bahagian Timur Tengah. Walau bagaimanapun, itu baru sedikit, jika dibandingkan dengan nisbau umat Islam yang masih terus lalai dan alpa dengan nikmat dunia sedangkan kiamat semakin hampir. Adakah kita semua telah bersedia??
Apakah sumbangan kita dalam menegakkan syariat Islam?? Sedarlah, sebenarnya kita masih jauh dalam menyumbang apa-apa dalam menegakkan agama Islam berbanding saudara kita yang berpeluang untuk SYAHID di sana.. Kadang kala, saya amat mencemburui mereka kerana berpeluang untuk syahid.. Kerana syahit itu dijanjikan SYURGA oleh Allah S.W.T.

     Wahai sahabat sekalian, wahat pemuda sekalian!!!! Bangkitlah!!! Sedarlah!!! Bangun daripada mimpi yang melalaikan kita. Marilah kita kembalikan zaman kegemilangan Islam seperti gemilangnya Islam pada masa dahulu. Jika ini mahu direalisasikan, terdapat beberapa kriteria yang mudah untuk kita penuhi.

Antaranya ialah:-

SOLAT SUBUH BERJEMAAH
   Saya yakin pra syarat ini paling sukar untuk dilaksanakan pada zaman ini. Jika dilihat pada hari ini di semua masjid atau surau, kebanyakan yang menunaikan solat subuh secara berjemaah hanyalah golongan 'Elite', jika dibandingkan dengan golongan muda yang pada ketika itu, saya yakin masih terus tidur ataupun hanya menunaikan solat subuh di rumah sahaja. Ingatlah sahabat sekalian, bahawa orang yang paling kuat ialah orang yang mampu menahan marahnya dan orang yang mampu untuk mengangkat kain selimutnya untuk menunaikan solat subuh berjemaah di masjid. Dikukuhkan lagi dengan kenyataan dalam sebuah kitab Yahudi, yang menyatakan, bahawa "umat Islam akan kembali bangkit sekiranya bilangan mereka yang menunaikan solat subuh di masjid menyamai dengan jumlah mereka yang menunaikan solat Jumaat". Maka, terbuktilah bahawa solat subuh itu merupakan ciri-ciri penting untuk membentuk umat Islam yang tinggi jati diri.

KEMBALI KEPADA AL-QURAN
     Pada 1400 tahun yang lalu Allah s.w.t. telah menurunkan kepada Al-Mustofa Nabi Muhammad b. Abdullah s.a.w. mukjizat yang terbesar iaitu Al-quran Al-karim. Ianya adalah di antara mukjizat - mukjizat besar yang berlaku pada zaman itu. Al-quran digambarkan oleh ahli ilmu di dalam bahasa arabnya, 
"القرءان كالبحر ليس فيه شاطئ "
Maksudnya, Al-quran itu seperti laut dan tiada padanya pantai(pertepian)
" القرءان هو ايجاز الكلام تقليل لفظه مع تكثير معناه "
Maksudnya, Al-quran itu mempunyai kata-kata yang ringkas tetapi mempunyai makna yang sangat luas.

Takrif Al-quran yang telah disepakati oleh ulama islam ialah " Kalam Allah yang bermukjizat, diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Jibril a.s secara berperingkat dari langit dunia, dipindahkan kepada generasi ke generasi secara mutawatir(Bilangan yang mustahil sepakat untuk membuat penipuan), membacanya adalah ibadah, dimulai dengan surah Al-fatihah dan diakhiri dengan surah An-nas.


Berdasarkan I/C (Kad Pengenalan) Al-quran di atas. Cuba kita bayangkan, kita hanya bekerja ringan tetapi kita diberi bonus kerja dengan begitu banyak. Hanya perlu membuka Al-quran, membaca dan mentadabburinya dengan ikhlas, kita sudah mendapat banyak butiran pahala, kebahagiaan, ketenangan, menyelesaikan banyak masalah kehidupan, dan lainnya. Begitulah kasihnya Allah s.w.t. kepada hambaNya, tetapi kita masih lagi alpa dan leka dek berbekasnya dunia pada hati.


Al-quran diberi lebih daripada 10 nama dan kesemua nama-nama tersebut memenuhi ciri-ciri dan kriteria al-quran itu sendiri, maka ketahuilah bahawa Al-quran itu adalah satu kitab suci yang sangat agung bukan? Tetapi masih ramai manusia yang kononnya mengaku beriman kepada Allah s.w.t. tetapi masih jauh dengannya, tidak mentadabburinya malah jauh untuk membaca dan mengamalkan isi kandungannya, tidak mengambilnya sebagai role model kehidupan, dan bermacam-macam lagi rahsia yang terkandung di dalamnya tetapi manusia tidak mahu mengambil ibrahnya(Pengajaran) . Sungguh amat beruntung bagi mereka yang mahu memanfaatkannya dalam kehidupan.


Antara nama yang terkenal selain daripada Al-quran ialah seperti Al-haq ( kebenaran ), An-nur(cahaya), Al-kitab, Al-furqan(Pembeda), Ar-rahmah(Rahmat), Asy-syifa' (Penawar), Al-bayan (Keterangan), Al-mau'izah ( Pengajaran ), Az-zikru ( Pemberi Peringatan), Al-busyraa ( Berita Gembira), Ar-ruh (Roh), Al-huda ( Petunjuk ), dan pelbagai lagi nama yang ada pada Al-quran jika kita himpunkan. Kesemua nama-nama ini telah pun Allah s.w.t. sisipkan setiap satu namanya di dalam Al-quran. Jika kita melihat dan meneliti keterangan maksud nama-nama al-quran dengan jelas dan yakin, pasti kita tidak teragak-agak untuk menjadikannya sebagai peneman hidup kita seharian.


Inilah keistimewaan yang ada di dalam al-quran, sebagai contoh nama yang saya boleh nukilkan ialah Al-Haq yang membawa maksud kebenaran, Allah swt menurunkan Al-quran kepada manusia daripada awal ayat sehingga ayat terakhir adalah kebenaran, kesemua ayat ini menyampaikan kebenaran yang manusia tidak mampu untuk menolaknya, malah jauh sekali untuk membawa contoh yang sama sepertinya, firman Allah swt yang bermaksud,
" Dan jika kamu meragukan Al-quran yang kami turunkan kepada hamba kami (Muhammad), maka buatlah satu surah semisal dengannya dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang yang benar " Al-Baqoroh ayat 23.
Kemukjizatan Al-quran membawa satu sistem yang sangat bertamadun jika kita mengenali dan mempelajarinya dengan baik, kebenaran yang ada di dalam al-quran telah membawa umat manusia ke suatu demensi yang amat luas lagi terurus dan disegani, perkara ini telah pun dibuktikan oleh tokoh-tokoh islam yang terdahulu. Contoh nama kedua ialah An-nur (cahaya), firman Allah swt yang bermaksud,  
" Dengan kitab itulah Allah memberi petunjuk kepada orang yang mengikuti keredhaanNya ke jalan keselamatan, dan (dengan Kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang itu dari kegelapan kepada cahaya dengan izinNya dan menunjukkan ke jalan yang lurus. " Al-Maidah ayat 17.

Membawa satu keterangan bahawa panduan yang Allah telah gariskan di dalam Al-Quran adalah menjadi cahaya dalam kehidupan, seperti mengeluarkan manusia daripada taghut kepada cahaya kebenaran, daripada kesesatan dan kejahilan kepada cahaya ilmu, daripada perhambaan sesama manusia kepada mengabdikan diri semata-mata kepada Yang Maha Mencipta dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan cahaya dunia dan akhirat. Apabila manusia tahu tentang pengertian dan penjelasan yang ada di dalam al-quran, pasti mereka tidak akan mensia-siakannya.

Kita perlu sedari bahawa Al-quran bukanlah sesuatu yang kita boleh jadikan alat sebagai perhiasan di dinding-dinding rumah dan juga di sektor perniagaan, menyimpan rapi di dalam almari, membaca ketika ada orang nazak atau meninggal dunia, ketika ingin berkahwin, ketika majlis-majlis keagamaan dan sebagainya.


Ini adalah satu kefahaman yang amat menyimpang dan menyeleweng terhadap kitab suci Al-quran. Kita perlu sedari bahawa Al-quran bukanlah diturunkan kepada manusia untuk itu, malah ia amat luas merangkumi kehidupan manusia seharian. Jika kita melihat umat islam pada hari ini, seolah-olah mereka telah hilang sensitivitinya terhadap Al-quran. Setuju tidak kalau saya katakan bahwa kemunduran umat islam hari ini disebabkan mereka meninggalkan Al-quran.  


Amat malang sekali pada hari ini ada juga segelintir umat islam menganggap bahawa kitab Al-quran adalah kitab lama yang ditradisikan. Ini adalah satu fenomena yang jika kita tidak mengubahnya dengan cepat, maka ia akan menjadi satu kitab yang tidak lagi berfungsi untuk kehidupan umat manusia amnya. Kita cuba luaskan sekejap skop pemikiran dan cuba bayangkan jika hukum Al-quran diamalkan. Contohnya, kita semua masih ingat lagi tentang pembunuhan kejam yang berlaku pada adik Nurin yang lepas, kalaulah hukum islam dijalankan terhadap hukum bunuh balas, maka orang akan takut untuk membunuh. Kita bayangkan lagi, adakah kita terlepas daripada hukum Allah swt ini jika kita masih lagi menyokong pada pemimpin yang menganggap hukum islam adalah hukum yang kolot, lebih mempercayakan hukum manusia daripada hukum Allah swt, firman Allah swt yang bermaksud,
" Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-quran tentang sah batalnya), maka kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikit pun padanya. Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batallah apa yang mereka telah kerjakan. " Hud ayat 15 dan 16.




Oleh itu, Al-quran adalah merupakan kitab yang sangat penting dalam kehidupan manusia secara menyeluruh. Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang mengikut disiplin Al-quran. Ketua rumah tangga yang baik adalah yang mengikut disiplin al-quran. Pekerja yang baik adalah pekerja yang mengikut disiplin Al-quran. Pelajar yang baik adalah pelajar yang mengikut disiplin Al-quran. Apabila setiap lapisan umat islam sudah menjadi ahli Al-quran, maka pertolongan dan kemenangan dari Allah swt akan tercapai dari setiap sudut hakikat kehidupan dengan cepat dan mudah seperti sabda Nabi saw yang bermaksud,
Daripada Anas bin Malik r.a, Nabi s.a.w. bersabda, " Sesungguhnya Allah mempunyai 'ahli' daripada kalangan manusia. Para sahabat bertanya : " Wahai Rasulullah, siapakah mereka itu? " Baginda bersabda : " Merekalah ahli Al-quran iaitu 'ahli' Allah dan golongan pilihannya. " Riwayat Ibnu Majah.
Keterangan : Ahli Al-quran : Golongan yang menghafal Al-quran, banyak membaca Al-quran dan beramal dengannya. Mereka sentiasa mendapat kejayaan dan pertolongan daripada Allah. ( syarah sunan Ibnu Majah ).


    Mengapa saya amat menekankan mengenai Al-Quran?? Kerana pada hari ini, ramai umat Islam hanya Islam pada nama dan IC, tetapi jauh daripada Al-Quran. Mengapa?? Kerana pada hari ini umat Islam, terutamanya golongan BELIA, terlalu asyik dengan hiburan sehingga mereka semakin 'BUTA Al-Quran'. Sedangkan, Al-Quran lah sumber rujukan utama dan Al-Quran juga lah terdapat sumber panduan. Jadi, pada hari ini, saya ingin berpesan kepada sahabat sekalian dan diri saya sendiri, 'JOM KENAL Al-Quran'.. Tidak susah pun, cuba amalkan baca Al-Quran sebanyak 10 ayat sehari, dengan syarat, ISTIQAMAH.. InsyaAllah, Allah akan memberi panduan kepada hambaNya yang dekat kepadaNya.


   Marilah sama-sama kita kembali ke jalan yang benar..
   Sama-sama kita perbaiki diri..
   Agar menjadi hambaNya yang bertaqwa dan berkualiti..



   ...syabab...


Tuesday 6 March 2012

Indahnya Wanita

Assalamualaikum..

Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih dikurniakan nikmat kehidupan untuk terus menyebarkan dakwah di bumi Allah S.W.T. Semakin hari, semakin sejuk mata saya melihat keadaan muslimah di kolej saya ini. Saban hari, semakin ramai yang mula terjebak untuk bertudung labuh. Walau apa pun niat mereka, saya doakan agar ianya menjadi niat yang ikhlas kerana Allah..

Di sini, saya ingin berkongsi sedikit mengenai kaum hawa.. (huhuhuhu...)
Hanya sekadar berkongsi.. Wahai kaum hawa, alangkah indahnya anda semua jika mampu menjadi wanita solehah. Saya yakin, ramai yang bercita-cita untuk menjadi wanita solehah. Dan hari ini, saya ingin berkongsi mengenai ciri-ciri wanita solehah.. Harap dapat membantu..

CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH

1. Mencintai Allah dan Rasul

Melebihi cinta dan ketaatan kepada orang lain.Sabda Rasulullah s.a.w : “Tiga perkara sesiapa yang memilikinya akan mendapat kemanisan iman: menjadikan Allah dan Rasulnya lebih di cintai daripada kedua-duanya…” Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Mencintai Allah dan Rasul dengan mentaati segala suruhan dan larangan syarak.
Sabda Rasulullah s.a.w melalui hadis qudsi: “hamba-ku yang mendekatkan diri kepada-ku dengan melakukan amalan fardu lebih aku cintai. Sentiasalah hamba-ku berterusan menghampiriku dengan melakukan amalan sunat sehingga aku mengasihinya. Apabila aku mengasihinya, jadilah aku pendengarnya yang dia mendengar dengannya, penglihatan yang dia melihat dengannya, tangan yang dia memukul dengannya dan kaki yang dia berjalan dengannya, kalau dia meminta kepadaku, pasti aku akan memberinya dan kalau dia memohon perlindunganku, pasti aku akan melindunginya” Riwayat al-Bukhari.
Termasuk mencintai Rasulullah mengikut dan mencintai baginda dalam setiap perkara Firman Allah s.w.t :”Katakanlah (wahai Muhammad): jika benar kalian mencintai Allah, maka ikutlah aku,nescaya Allah akan mengasihi kalian, Dan (ingatlah), Allah maha pengampun; lagi maha mengasihani”:- surah Ali Imran:31

2. Mentaati Ibu Bapa

Sentiasa mentaati ibu bapa dalam perkara makruf menasihati ke arah kebaikan. Jangan menderhaka kepada keduanya.
Firman Allah s.w.t “Dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa”- surah al-Israk:23
Sebelum bersuami ketaatan kepada ibu bapa adalah yang lebih utama selepas Allah dan Rasul.

3. Mentaati Suami Dalam Perkara Makruf

Setelah berkahwin ketaatan kepada ibu bapa berpindah kepada suami. Mentaati dalam perkara yang baik dan harus. Apabila suami menyuruh kepada maksiat tiada lagi ketaatan.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah”.
Rasululllah bersabda, “Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya”.-Riwayat al-Tirmizi hasan sahih.
Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.
“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…” (Surah An-Nisa’:34)

4. Menguruskan rumahtangga

Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk dirumah bukan bererti hanya berdiam diri sahja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri.
Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Masa lapang ia perlu di isi dengan menambah pengetahuan tentang ugama sebagai bekalan untuk menghadapi ujian hidup pada masa hadapan dan membimbing keluarga ke arah kebaikan.
Sabda Rasulullah s.a.w “Menuntut ilmu wajib ke atas setiap muslim”. Riwayat Ibn Majah Sahih oleh al-Albani dalam Sunan Ibn Majah.
Bijaksana menguruskan hal rumahtangga mendahulukan amalan yang wajib daripada yang sunat. Amalan sunat dan tanggungjawap kepada suami dan keluarga perlu didahulukan kewajipan sebagai isteri daripada amalan sunat yang lain.Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak halal bagi wanita berpuasa sedangkan suaminya ada di sisi tanpa keizinannya”.- Fath al-Bari, Kitab al-Nikah.

5. Berhias untuk suami

Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.
Sebuah riwayat menceritakan : “Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baik wanita. Baginda menjawab:Yang menyukakan kamu apabila memandangnya. Apabila disuruh, dia patuh, menjaga rahsiamu dengan baik dan menjaga harta kamu”.- Riwayat Ahmad dan selainnya dihasankan oleh al-Albani.
Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.
Sabda Rasulullah SAW: “Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.” (HR:Muttafaqun Alaihi)
Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana , kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.

6. Berpakaian menurut ajaran Islam

Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, Allah SWT berfirman, ertinya: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah Al-A’raar:26)
Wanita solehah perlu memastikan dirinya bersih , kemas dan cantik di rumah bersama suaminya. Apabila melangkah keluar rumah pakaian yang dipilih sentiasa memenuhi syarat syarak menutup aurat dengan sempurna. Dilarang memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuh aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangan hingga ke pergelangan.

7. Menjaga batas pergaulan

Allah memerintahkan para wanita agar menundukkan pandangan ketika berhadapan dengan lelaki ajnabi. Jika terdapat sebarang urusan, dia menjaga batasan yang sepatutnya. Ia perlu bagi mengelakan fitnah.

8. Bersahabat dengan wanita solehah

Seseorang itu dinilai mengikut kawan-kawan yang rapat dengannya. Jika kawan-kawanya solehah, maka dia juga memiliki sifat yang sama.
Sabda Rasulullah s.a.w : “seseorang itu berada di atas agama kawannya. Oleh itu, perhatikanlah salah seorang kamu siapa kawannya”. -Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi dengan sanad yang Sahih.

                  
                                                                                                        ..syabab..

Tuesday 28 February 2012

Surat Dari Perantauan

Assalamualaikum kepada abah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai. Apa khabar dengan keluarga di sana? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat Allah sentiasa.

Along pun tak berapa jelas mengapa along nak tulis surat ni kepada ibu dan abah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar along tulis surat untuk ibu dan abah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, along selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang along tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.

Dipendekkan cerita, along sebenarnya nak minta redha dari ibu dan abah untuk bernikah. Mungkin ibu dan abah terkejut apabila along cakap macam ni. Along bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. Along nak nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, along akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada Allah.

Kadang-kala, along rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah. Along bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi along nak ibu dan abah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina. Allah S.W.T berfirman:
“Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)
Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa langkah yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.

Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.

Di kolej along, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasulullah S.A.W. Sekarang pilihan di tangan kita, sama ada nak kepada benda baik atau buruk.

Mengenai calon, along tiada lagi. Tapi, InsyaAllah kalau ibu dan abah bagi along green light, masalah calon, ibu dan abah jangan risau (bagi tempoh 6-8 bulan), yang penting ibu dan abah bersedia. Along lebih suka calon tu along yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna ibu dan abah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk along.

Ibu dan abah mungkin akan bertanya bagaimana pulak along akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang along nikahi nanti. Seperti yang along katakan awal-awal tadi, along nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh along belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka along akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu. Dalam sirah Rasulullah S.A.W, Rasulullah bernikah dengan dengan Sayyidatina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah khitbah’ atau ‘nikah gantung’.

Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu. Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau along telefon dia, along dapat pahala, along rindu kat dia, along dapat pahala, along bagi hadiah kat dia, along dapat pahala malahan kalau along keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kan ini lebih baik dari mereka yang ber‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, along nak tanya pada ibu dan abah, adakah ibu dan abah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut sunnah Rasulullah yang tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita.

Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan along masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka along akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib along bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM50 sebulan, maka along akan bagi dia yang sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga).

Macam sekarang ni lah, kalau opah bagi ibu baju sebagai hadiah, takkan ibu tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Ibu akan terima juga. Kalau opah menjamu ibu dengan makanan, ibu jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau ibu dan abah masih kurang jelas, ibu boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Ibu dan abah jangan risau, sebelum along nak nikah, along akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri along. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tidak, along tangguh dulu. Apa-apa pun, along tegaskan sekali lagi, along nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa.

Along tengok semua sepupu along nikah awal dalam umur 23 tahun. Along cadang pun begitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu along tua nanti, along tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak along nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat. Mahu tak mahu, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada Allah. Tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati. Along juga harap, anak-anak along nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum ibu dan abah meninggalkan dunia yang fana ini.

Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada Allah di samping mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. Dalam umur muda ni, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. Along tak nak along akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan ibu dan abah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada Allah dan Rasul.

Diharap ibu dan abah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. Along nak ibu dan abah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi along, kalau along membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab along pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua. Mungkin saja along membicarakan hal nikah ni ketika mana along baru berusia 19 tahun (dalam tahun Islam, along dah 20 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat along ini. Diharap ibu dan abah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Along tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui 100% apa yang along katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.

Kalau boleh jangan bagi tahu abang dan kakak saudara yang lain, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan along ini atas beberapa faktor. InsyaAllah, kalau ada apa-apa nanti, along akan maklumkan kepada mereka. Sebenarnya bagi seorang lelaki, tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha Allah adalah berserta dengan keredhaan ibu dan abah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.

Akhirul kalam, doakan along di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Kirim salam dengan semua keluarga di Perak.

Puteramu,
Along

Sunday 19 February 2012

IBUBAPA & KITA

Pada hari ini, saya dapat lihat, dalam kalangan masyarakat yang serba maju dan moden ini, kita sering alpa dan lupa tentang apa yang telah membuatkan kita wujud di dunia ini, IBUBAPA kita.. Kita jarang sekali memikirkan tentang mereka, bertanyakan khabar mereka bagi mereka yang berjauhan dengan ibu bapa, terutamanya kepada mereka yang masih belajar, mahupun yang telah berrumah tangga.. Berbanding 'gelipren', 'buayepren', suami mahupun isteri (bagi mereka yang telah berkahwin), ibu bapa sering dijadikan sebagai pilihan yang bawah ataupun, 'least favourite' untuk diingati.. Mengapa?? Kerana kita lupa terhadap bertapa banyaknya jasa mereka yang telah mereka curahkan kepada kita.. Tidak terkira banyaknya..

Sedangkan, apa yang menyentuh hati saya ialah, mereka sedikit pun tidak pernah lekang dari mengingati anak-anak mereka.. Dalam doa mereka, mereka sentiasa berdoa untuk kebaikan anak-anak mereka.. Tetapi, adakah kita mengingati mereka dalam doa kita? Dalam solat kita? Dalam kehidupan kita? Saya rasa anda semua s=mampu menjawab soalan tersebut sendiri... Mari kita muhassabah diri kita semula. Selama kita hidup, adakah tindak-tanduk kita direstui dan diredhai oleh ibubapa kita?? Saya yakin.. Ramai diantara kita yang terlepas pandang akan aspek tersebut, sedangkan 'keredhaan Allah terletak kepada keredhaan kedua ibubapa kita'.

Jadi sahabat sekalian, saya mengingatkan diri saya sendiri serta anda semua.. Kadang kala kita sibuk, kadang kala kita terlepas pandang.. Jadi, sementara ada kesempatan ini, hargailah inubapa kita.. Ziarahilah mereka ketika masih berkesempatan.. Janganlah kita menunggu sehingga Malaikat Izrail, yang datang menziarahi mereka.. Kerana, pada ketika itu, segala kerinduan mereka terhadap anak-anak mereka, hanya tinggal rindu semata-mata.. Tiada lagi senyuman terukir di bibir mereka.. Hanya talqin menghiasi rumah yang mereka rasakan kosong dan sunyi selama anak-anak mereka tiada menemani mereka..

Semperna hari ibu dan hari bapa pada tahun ini, saya ingin mengingatkan.. HARGAILAH IBUBAPA ANDA..

Sekian...

Wednesday 15 February 2012

SYUKUR...



Malam yang tenang, dihiasi dengan cahaya bulan dan kelipan bintang di langit yang serba indah... Alhamdulillah.. syukur ya Allah kerana masih membenarkan hambaMu ini terus bernafas di muka bumiMu ini.. Sambil menghirup secawan kopi susu yang disediakan oleh salah seorang sahabat saya, terlintas di fikiran saya untuk berkongsi mengenai topik ini... SYUKUR.. Saya teringat pesan ibu saya semasa cuti tahun baru cina baru-baru ini... Bersyukur lah dengan apa yang kamu ada, sebab, kita mungkin merasakan bahawa kita sangat susah. Namun, sebaliknya ada lagi masyarakat dan saudara kita yang lebih susah daripada kita.. TETAPI.. saya sedih bila melihat masyarakat kita pada hari ini, hanya lebih banyak mengomel, mengeluh, dan berduka mengenai nasib mereka.. Dimanakah rasa syukur kita?? Sedangkan Allah S.W.T amat menyukai hambaNya yang bersyukur.. Tidak kira senang, mahupun ketika susah..

Mengapakah ini terjadi?? Kerananya perasaan CINTA KEPADA DUNIAWI... itu sahaja.. simple.. namun, kesan yang dibawa amatlah mendalam dan perit untuk ditanggung kerana melibatkan seluruh masyarakat.. 'Cintakan dunia' telah menjadikan masyarakat pada hari ini, menindas antara satu sama lain.. Rasuah berleluasa, mereka yang miskin dan kurang bernasib baik dilayan bagai sampah dan dihina.. Apakah dosa mereka sehingga mereka layak dihina sedemikian?? Sifat kasih sayang dan hormat menghormati antara ummah semakin terhakis dek kerana alpa mengejar 'HARTA DUNIA'..

Sahabat sekalian..
Ingatlah..
Harta dunia,
makin dikejar, makin jauh...
makin dikumpul, makin habis,
makin dicari, makin hilang,
makin disimpan, makin lupus...

tetapi, Saham Akhirat..
makin dikejar, makin mendatang,
makin dikumpul, makin bertambah,
makin dicari, makin dijumpai,
makin disimpan, makin tejaga.

oleh itu, bangkitlah wahai saudaraku sekalian......
renungkanlah...
memo seorang hamba,
yang hanya singgah sementara,
dalam menyampaikan seruan Penciptanya,
agar ummah kembali bersama..
                   
                                                                   syabab..

Tuesday 14 February 2012

CINTA AKHIR ZAMAN

Baru-baru ini, saya telah terlibat dalam satu perbincangan bersama sahabat-sahabat saya. Saya tartarik dengan satu soalan yang diajukan oleh salah seorang sahabat saya. "Kenapa sekarang ni umat Islam macam dipandang rendah?" Itulah lebih kurang, rupa soalan yang diajukan.. Apa yang ditanya oleh sahabat saya ini memang ada kebenarannya. Jika kita lihat pada hari ini, negara-negara Islam lah yang sering bergolak, seperti Mesir, Syria, dan yang paling diingati, bumi suci Palestin yang sampai hari ini masih bergolak.. MENGAPA??? Adakah kita ini merupakan satu umat yang lemah?? Adakah kita ini berasal dari kaum yang daif?? jawapannya TIDAK!!! jika kita lihat sirah Islam dan sirah Rasulullah, kita dapat lihat bahawa Islam adalah agama yang TERHEBAT, TERMAJU, TERBAIK, dan paling mulia di dunia dan di sisi Allah S.W.T. Islam lah yang telah menaikkan martabat wanita, 'daripada hamba kepada mulia'..

Namun, kita lihat pada hari ini, mengapa umat Islam berpecah?? Mudah sahaja.. CINTA.. Jika dibandingkan kita dengan umat Islam di zaman para sahabat, jita jauh ketinggalan, kerana pada hari ini, kita telah di'momok'kan oleh yahudi dan barat mengenai ideologi mereka tentang CINTA, dimana mengikut ideologi mereka, cinta itu mesti melibatkan wanita, 'dating', seks, pergaulan bebas, dan akhirnya HANCUR!!! Apa yang hancur?? AKIDAH.. Sebab itu lah masyarakat pada hari ini berpecah belah, kerana pegangan akidah yang kurang.. Kerana apa?? Kerana kita salah meletakkan CINTA itu sendiri. Pada hari ini, manusia meletakkan cinta mereka kepada 'makhluk'. Namun mereka lupa bahawa setiap 'makhluk' akan mati dan setiap makhluk itu tidak sempurna. Oleh yang demikian, CINTA mula dipandang negatif oleh sesetengah pihak. Sebenarnya, semua permasalahan umat Islam pada hari ini dapat diselesaikan, jika kita kembalikan perasaan CINTA kita kepada pemilik CINTA yang sebenar... ALLAH S.W.T. InsyaAllah. Saya yakin, umat islam pada hari ini mampu menjadi ummah yang lebih baik dan masalah pada hari ini dapat diselesaikan..

Oleh yang demikian, bangkitlah wahai saudaraku semua!!! Sedarlah dari kealpaan kita selama ini.. Kita sebagai khalifah, tidak sepatutnya menjadi lebih teruk atau lebih hina daripada binatang, tetapi, kitalah contoh dan pembimbing kepada semua makhluk yang lain di dunia ini.. Pada hari ini, segala pandangan dan pendapat umat Islam hanya ibarat 'kucing mengiau di bukit'. Namun, jika kita bangkit, tidak mustahil kucing di bukit itu akan turun menjadi 'singa yang mengaum di dataran'....

InsyaAllah saya akan mengulaskan lebih lanjut mengenai permasalahan ini pada post-post yang akan datang.. Jazakallah...
Assalamualaikum...

Langkah Pertama...

Sudah lama rasanya saya meninggalkan zaman blogging ini. Namun, terdetik kembali semangat dan tanggungjawab saya sebagai seorang hamba Allah S.W.T, yang sentiasa membawa syariatNya ke mana sahaja, untuk kembali ke arena ini untuk meneruskan perjuangan saya dalam agama Islam. Bukan kerana terpaksa atau dipaksa ataupun 'paksa-rela', tetapi dengan kesedaran dan kerisauan terhadap sikap dan permasalahan umat Islam pada hari ini. Semperna dengan itu, saya berharap agar dapat meneruskan perjuangan di jalan Allah S.W.T, serta dapat berkongsi sedikit sebanyak pengalaman pahit-manis saya, buah fikiran, ataupun perkongsian antara sahabat-sahabat saya agar kita sama-sama dapat memperbaiki diri demi kebaikan ummah... 'Salam Ukhwah daripada saya kepada semua saudara seagama saya di luar sana.' ASSALAMUALAIKUM..