Sunday 19 February 2012

IBUBAPA & KITA

Pada hari ini, saya dapat lihat, dalam kalangan masyarakat yang serba maju dan moden ini, kita sering alpa dan lupa tentang apa yang telah membuatkan kita wujud di dunia ini, IBUBAPA kita.. Kita jarang sekali memikirkan tentang mereka, bertanyakan khabar mereka bagi mereka yang berjauhan dengan ibu bapa, terutamanya kepada mereka yang masih belajar, mahupun yang telah berrumah tangga.. Berbanding 'gelipren', 'buayepren', suami mahupun isteri (bagi mereka yang telah berkahwin), ibu bapa sering dijadikan sebagai pilihan yang bawah ataupun, 'least favourite' untuk diingati.. Mengapa?? Kerana kita lupa terhadap bertapa banyaknya jasa mereka yang telah mereka curahkan kepada kita.. Tidak terkira banyaknya..

Sedangkan, apa yang menyentuh hati saya ialah, mereka sedikit pun tidak pernah lekang dari mengingati anak-anak mereka.. Dalam doa mereka, mereka sentiasa berdoa untuk kebaikan anak-anak mereka.. Tetapi, adakah kita mengingati mereka dalam doa kita? Dalam solat kita? Dalam kehidupan kita? Saya rasa anda semua s=mampu menjawab soalan tersebut sendiri... Mari kita muhassabah diri kita semula. Selama kita hidup, adakah tindak-tanduk kita direstui dan diredhai oleh ibubapa kita?? Saya yakin.. Ramai diantara kita yang terlepas pandang akan aspek tersebut, sedangkan 'keredhaan Allah terletak kepada keredhaan kedua ibubapa kita'.

Jadi sahabat sekalian, saya mengingatkan diri saya sendiri serta anda semua.. Kadang kala kita sibuk, kadang kala kita terlepas pandang.. Jadi, sementara ada kesempatan ini, hargailah inubapa kita.. Ziarahilah mereka ketika masih berkesempatan.. Janganlah kita menunggu sehingga Malaikat Izrail, yang datang menziarahi mereka.. Kerana, pada ketika itu, segala kerinduan mereka terhadap anak-anak mereka, hanya tinggal rindu semata-mata.. Tiada lagi senyuman terukir di bibir mereka.. Hanya talqin menghiasi rumah yang mereka rasakan kosong dan sunyi selama anak-anak mereka tiada menemani mereka..

Semperna hari ibu dan hari bapa pada tahun ini, saya ingin mengingatkan.. HARGAILAH IBUBAPA ANDA..

Sekian...

No comments:

Post a Comment