Saturday 17 March 2012

WANITA DAN SUKAN



Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum..

   Alhamdulillah, saya masih lagi dikurniakan nikmat sihat dan masa lapang oleh Allah S.W.T.
Jadi, saya terpanggil untuk berkongsi mengenai satu permasalahan yang saya kira, agak kurang diberi perhatian oleh masyarakat pada hari ini, iaitu mengenai 'Wanita & Sukan'. Jika kita lihat pada hari ini, wanita telah mula berjinak-jinak dalam arena sukan bertaraf dunia seperti badminton, bola sepak, hoki, sepak takraw, dan banyak lagi.

  TETAPI.... Apakah hukumnya jika seorang muslimah bersukan di hadapan penonton lelaki yang bukan mahram?? Suka saya nyatakan di sini bahawa hukumnya HARAM!!!!

   Mengapa?? Allah Ta'ala berfirman: قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ [النور : 30] Katakanlah kepada orang yang beriman supaya menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. Begitulah lebih suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan.(Surah Annur : 30) Para ulamak menyebutkan, hukum seorang lelaki melihat kepada aurat seorang wanita jelas pengharamannya. Adapun apabila sudah tertutup, seorang lelaki tetap tidak boleh melihat kepada perempuan yang bukan mahram, melainkan dalam urusan-urusan yang dibenarkan. Begitu juga vice-versa pada orang perempuan. Dalilnya adalah ayat yang saya nyatakan di atas. Dalam keadaan bersukan, yang mana mungkin berlaku aktiviti fizikal, orang perempuan memakai pakaian yang agak ketat, melompat-lompat dan sebagainya, maka dalam keadaan tidak diperlukan, maka haram bagi seorang lelaki melihat kepada perempuan yang bukan mahramnya. Contoh yang dilakukan oleh kerajaan Negeri Kelantan dalam menganjurkan Nisa Games sebelum ini amat baik. Mengapa BAIK?? Kerana Nisa Games ini hanya disertai oleh wanita, diadili oleh wanita, dan diuruskan oleh wanita. Erti kata lain, ketika program tersebut berlansung, Kaum Adam tidak dibenarkan untuk berada di kawasan program. (maaf, betulkan kalau saya tersilap kerana saya menulis berdasarkan makluman yang saya perolehi.)


  Penerangan di atas menunjukkan bahawa tidak salah untuk wanita bersukan, tetapi hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut sebagai panduan:


1. Pertandingan hendaklah dikelola/diurus oleh pihak wanita juga.
2. Pertandingan hendaklah disertai oleh wanita sahaja.
3.Pertandingan hendaklah diadili oleh wanita sahaja.
4.Pertandingan hendaklah dijalankan di kawasan yang berasingan dengan LELAKI dan seeloknya TERTUTUP.


   'Simple' kan?? Mudah sahaja.. Tambahan pula,lelaki melihat wanita dan sebaliknya wanita melihat lelaki dibolehkan dalam keadaan-keadaan tertentu seperti: 1) Urusan jual beli dan muamalat lain 2) Urusan di mahkamah. (Tertuduh, saksi dsb) 3) Urusan meminang 4) Antara guru dan anak murid 5) Urusan di tempat-tempat awam selagi perlu (di pejabat, dalam bas, dsb, selagi perlu) Pandangan yang pertama dimaafkan, namun jangan pula diikuti pandangan pertama tersebut dengan pandangan kedua ketiga dan seterusnya.Jika tak sengaja tidak mengapa. Maksudnya bila terlihat, teruslah pandang ke tempat lain dan teruskan aktiviti sendiri. Dalam perkara ini, perlulah dibuat pengasingan atau mungkin lebih jauh jaraknya antara pelajar lelaki dan perempuan yang bersukan, dan mungkin boleh di atur jadual atau tempat untuk bersukan bagi pelajar lelaki dan perempuan. Guru memainkan peranan penting, dan juga kawan-kawan lelaki dan perempuan untuk mengingatkan antara satu dengan yang lain. ********************** pesan Rasulullah kepada Sayyidina Ali: "Hai Ali! Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pada pandangan pertama, adapun yang berikutnya tidak boleh." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi) Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seseorang laki-laki tidak boleh melihat aurat laki-laki lain, dan begitu juga perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan lain, dan tidak boleh seorang laki-laki bercampur dengan laki-laki lain dalam satu pakaian, dan begitu juga perempuan dengan perempuan lain bercampur dalam satu pakaian."1 (Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi) sumber ambilan : Halal dan Haram dalam Islam Dr Yusof al Qardhawi. 
0



   Hal ini sama juga dalam konteks majlis hiburan untuk wanita. Mengapa Islam meletakkan hukum sebegini??
Mudah sahaja.. Mari berfikir dari segi logik dan psikologi.. Kebiasaannya, jika seorang lelaki terserempak dengan seorang wanita, dimanakah yang akan dilihat atau direnung oleh lelaki tersebut?? Menurut kajian dan feedback dalam perbincangan, ramai yang menyatakan bahawa bahagian yang akan dilihat dahulu sebelum muka ialah bahagian DADA... Oleh sebab itu, Islam mensyariatkan agar para wanita melabuhkan tudung mereka melebihi paras dada. TETAPI, apakah yang akan berlaku jika wanita bersukan, berlari, melompat di kawasan yang mempunyai penonton lelaki?? Sudah tentu bukan SUKAN itu yang menjadi perhatian, tetapi, atlet-atlet wanitanya. Secara tidak lansung, mereka telah dinodai oleh fikiran 'KOTOR' sebahagian penonton lelaki. Adakah para wanita sekalian mahu diri anda dinodai sebegitu?? Sudah pasti TIDAK..


  Maka, sebab itu lah Islam menetapkan hukum tersebut. Bukan untuk menindas atau membebani wanita, tapi, untuk menunjukkan, bahawa wanita ini tinggi nilainya dan x patut dirosakkan sebegitu rupa, ibarat 'mutiara di lautan, mutiaranya terlindung di sebalik tiram yang keras'. Diharapkan agar penjelasan ini sedikit sebanyak dapat membantu sahabat sekalian serta membuka minda sahabat sekalian, terutamanya para wanita di luar sana agar lebih berhati-hati.


Sama-samalah kita berpesan-pesan dengan kebenaran, dan berpesan-pesan dengan kesabaran..
Sampaikanlah ilmu walaupun sebris ayat.
InsyaAllah hidup kita akan diberkati Allah S.W.T.




...syabab...

No comments:

Post a Comment