Sunday 15 April 2012

R&R hampir tutup!!!!


Assalamualaikum...

   Alhamdulillah, hari ini saya masih diberi kesempatan untuk menikmati segala nikmat yang telah dikurniakan oleh Al-Khaliq, secara PERCUMA.. Syukur.. Tetapi, sesuatu telah menyebabkan saya terfikir lama.. "Aku ini hanya hamba singgah-lalu, hanya seorang musafir, yang kini berada di perhentian untuk mengisi semula bekalan untuk meneruskan perjalanan ke destinasi yang telah ditetapkan. Adakah bekalanku ini mencukupi untuk sampai ke destinasi idamanku??"

   Sahabat sekalian.. R&R ini sudah usang, sudah hampir ditutup. Sudahkah kita mengumpul bekalan, isi minyak secukupnya sebelum R&R ini ditutup oleh pemiliknya?? Periksa semula diri kita wahai sahabat sekalian.. Tambahan pula kita lihat, kawasan R&R ini semakin panas, dan telah mula bergoyang. Buktinya.. kita telah lalui fenomena 'El-Nino', Solar Flare (Ribut Solar), dan yang terbaru, gempa bumi di Aceh..
   Ini semua adalah petanda atau amaran bahawa R&R ini,(bumi), telah tua dan bakal ditutup.. Jadi, marilah kita merebut segala bekalan yang masih ada, untuk menambah bekalan kita yang sedia ada, agar kita berjaya sampai ke destinasi yang kita semua impikan, SYURGA dan bukannya terjatuh ke pintu NERAKA. Namun masih ramai yang terpinga-pinga. "Apa yang patut kami lakukan??"

  Mudah sahaja.. Easy.. Turn back to Allah.. Wahai sahabat, selama ini Al-Khaliq memerhati kita dengan penuh rasa cinta, kasih dan sayang. Namun, pernahkah kita membalas cinta, kasih, dan sayang Nya?? Adakah mencukupi dengan apa yang kita lakukan ini?? TIDAK.. Malah, jika kita beramal seumur hidup pun, masih tidak mampu untuk membalas cinta, kasih, dan sayangnya. Allah tidak pernah melihat bertapa banyaknya dosa yang kita lakukan, namun Al-Khaliq hairan, mengapa kita, makhlukNya, tidak mahu memohon maaf dan keampunan (TAUBAT), kepadaNya setelah menyesali dosa yang dilakukan. Malah Al-Khaliq telah berpesan.."Mintalah kepadaKu.. Nescaya akan Ku perkenankan doamu"..

  Jadi wahai sahabat sekalian, marilah.. Kembali ke jalan yang benar, kepada Al-Khaliq.. InsyaAllah.. Allah Maha Pemurah, Maha Pengampun, Maha Penyayang..

by..
...Syabab!Hamba singgah-lalu...

No comments:

Post a Comment